Khamis, 22 Julai 2010

Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta


Ketika sedang sibuk menunggu bagasi di Terminal 2, kami telah berjumpa dengan seorang pelakon yang juga pernah berlakon iklan "Mee Udang Penang Betul2 hooooliaw", beliau sebenarnya juga menaiki pesawat yg sama dengan kami... Alhamdulillah dia seorang yg peramah dan sempat bergurau dengan ahli rombongan kami.. Malangnya tak sempat nak ambil gambar bersamanya..

Pabila sampai di Jakarta kita perlu undurkan masa pada jam kita...kerana ada perbezaan satu jam antara Malaysia dengan Indonesia. Dari Jakarta kami meneruskan perjalanan ke Bandung letaknya kira2 150 km dari sini, dengan menaiki Bas Persiaran. Petang itu 16 Jun 2010 kami menunaikan Solat Jamak dan makan petang di Restoran Rumah Gadang Minang. Tepat jam 11.00 malam kami tiba di hotel penginapan kami iaitu Hotel Mitra.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan