Jumaat, 23 Julai 2010

Bercuti di Indonesia


Tepat jam 11.30 pagi ahli rombongan kami masuk melalui pintu 11 di Lapangan Terbang Bayan Lepas untuk menaiki pesawat MH 1145 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Penerbangan dari Penang ke KLIA mengambil masa kira-kira 45 minit sahaja...Dalam perjalanan tersebut kami telah dihidangkan dengan jus oren dan kacang panggang. Saya dan suami mengisi masa dengan membaca suratkhabar sepanjang perjalanan tersebut..
Kami transit di KLIA selama satu jam setengah sebelum menaiki pesawat MH 721 bagi meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Cengkareng. Tepat jam 13.45 petang pesawat yang kami naiki pun berlepas. Alhamdulillah cuaca ketika tu amat cerah. Di dalam pesawat kami telah disajikan dengan hidangan nasi beriani ayam, jus oren, aiskrim, kek dan coklat...Fuhh memang sedap tambah2 lagi time tu dah pukul 14.15 petang.. Untuk pengetahuan semua, penerbangan dari KLIA ke LTASH mengambil masa kira2 dua jam...Tepat jam 15.52 petang pesawat MH 721 pun selamat tiba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta. Jaraknya lebih kurang 20 km dari barat tengah Jakarta.

Khamis, 22 Julai 2010

Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta


Ketika sedang sibuk menunggu bagasi di Terminal 2, kami telah berjumpa dengan seorang pelakon yang juga pernah berlakon iklan "Mee Udang Penang Betul2 hooooliaw", beliau sebenarnya juga menaiki pesawat yg sama dengan kami... Alhamdulillah dia seorang yg peramah dan sempat bergurau dengan ahli rombongan kami.. Malangnya tak sempat nak ambil gambar bersamanya..

Pabila sampai di Jakarta kita perlu undurkan masa pada jam kita...kerana ada perbezaan satu jam antara Malaysia dengan Indonesia. Dari Jakarta kami meneruskan perjalanan ke Bandung letaknya kira2 150 km dari sini, dengan menaiki Bas Persiaran. Petang itu 16 Jun 2010 kami menunaikan Solat Jamak dan makan petang di Restoran Rumah Gadang Minang. Tepat jam 11.00 malam kami tiba di hotel penginapan kami iaitu Hotel Mitra.

Selasa, 20 Julai 2010

17 Jun 2010


Untuk pengetahuan kawan2 semua cuaca kat Bandung ni agak sejuk iaitu kira2 18 darjah celsius pada waktu malam. Tepat jam 4.32 pagi kedengaran azan subuh berkumandang dari masjid yg berhampiran... Majoriti penduduk di sini adalah beragama Islam.. Pukul 7.00 pagi kami menikmati sarapan pagi di Restoran Hotel Mitra ..Hidangannya tidak jauh berbeza seperti makanan yg disediakan di hotel2 di negara kita.. Suku kaum yg terdapat di Bandung adalah Sunda. Orang sunda mempunyai kulit yg agak cerah, kecil, dan lembut bahasanya.. Penduduknya lebih kurang 2 juta org.. Kami bertolak ke Tangkuban Perahu sebagai destinasi pertama pada hari ini.. Di sepanjang jalan ke sini Pak Ari pemandu pelancong kami turut menceritakan lagenda Tangkuban Perahu...dengan watak utama cerita tersebut adalah Dayang Sumbi dan anaknya Sangkuriang. Untuk sampai ke puncak Tangkuban Perahu kami perlu menaiki kenderaan pacuan empat roda.. Pemandangan di sini agak berkabus...sejuk dan cantik sekali ..patutlah pengambaran filem "My Heart " turut dibuat sini. Lihatlah foto kenangan saya sewaktu di sini...

Isnin, 19 Julai 2010

Pergi ke Passar Baroe


Pulang dari Tangkuban Perahu, kami singgah di Grandle Factory Outlet...Di sini terdapat banyak barangan jeans dan tshirt yang berjenama seperti Hugo, Polo, Levis dan lain2 yang dijual dengan harga yg agak murah dari biasa. Kami turut membeli seluar jeans dan tshirt utk anak2..Selepas solat Zohur & lunch kami meneruskan perjalanan ke Passar Baroe..Inilah tempat paling disukai oleh kaum wanita...Passar Baroe merupakan tempat membeli belah yg popular di Bandung. Tempatnya bertingkat2 entah berapa tingkat dan luas pula..kalau nak beli barang anda dinasihatkan baca layout yg diberikan... kalau nak jalan setiap tingkat takut2 tak sempat nak beli barang boleh pengsan kepenatan... Di sini banyak menjual fabrik kain sulam, kain batik , baju batik, telekung, tudung dan sebagainya ...memang rambang mata dibuatnya.. Lihatlah suasana di sini memang ramai pengunjung...tetapi sila awasi beg tangan dan dompet ...

Berjumpa Jiran di Pinus Ridensi, Bandung


Untuk pengetahuan teman2 tepat pukul 6.00 petang, kompleks membeli belah di Passar Baroe ini akan ditutup. Rombongan kami meneruskan perjalanan ke Jalan Chiampelas. Di sepanjang Jalan Chiampelas ini banyak menjual tshirt dan seluar jeans dengan harga yang berpatutan. Kami menikmati makan malam di Karamba Restoran Sundanese Bistro di Jalan Sultan Tirtaraso. Lebih kurang pukul 9.00 malam kami tiba di Hotel Mitra. Rupa2nya Ibu Tati dan Ibu Achi serta suami sudah menanti kami di lobby hotel. Kami kemudiannya pergi ke rumah Ibu Achi di Pinus Ridensi, lebih kurang 16 km dari hotel kami menginap.. Untuk makluman Ibu Tati dan Ibu Achi sebenarnya pernah berjiran dengan keluarga kami di Parit Buntar selama beberapa tahun. Umpama bermimpi dapat berjumpa dengan mereka di Kota Bandung ini!

Khamis, 15 Julai 2010

Cuti Penggal Kedua 2010


Pada cuti persekolahan penggal kedua yang lalu kami sekeluarga penuh dengan aktiviti. Pada pagi 5 Jun 2010 kami sekeluarga pergi ke Cyberjaya. Petang tu sempat juga kami turun ke Nilai 3 untuk bertemu dengan rakan lama ketika sama2 belajar di Institut Perguruan Sultan Idris Tanjong Malim...Seronok dapat berjumpa dengan Normaliza dan ahli keluarganya.

Rabu, 14 Julai 2010

Berjumpa dengan Nazirah di Presint 9


Setelah pulang dari Nilai 3...Kami terus pergi ke Putrajaya. Pada malam tu ada program di situ iaitu Pertandingan Nasi Lemak Antarabangsa di Presint 2....Saya dan keluarga meneruskan perjalanan ke Presint 9....Malam tu kawan saya iaitu Nazirah membuat kenduri doa selamat sempena majlis berkhatan anak sulungnya iaitu Salman. Meriah sungguh majlis Nazirah pada malam tersebut macam kenduri kahwin!