Sabtu, 30 Mei 2009

Selayang Pandang

Terima kasih kerana melayari blog ini. Saya menghasilkan laman blok ini setelah menghadiri kursus selama tiga petang di Pusat Kegiatan Guru Parit Buntar, Perak. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pegawai Teknologi Maklumat PKG Parit Buntar yang telah mengajar kami.

Jumaat, 29 Mei 2009

Tempat-tempat Menarik Dalam Negara Yang Dikunjugi


Malaysia sebuah negara yang kaya dengan tempat-tempat yang menarik. Antara tempat-tempat yang saya telah kunjungi ialah Pulau Langkawi, Bukit Tinggi, Cameron Highland, dan lain-lain. Alhamdulillah boleh dikatakan satu Malaya kami dah pusing. Ape tak percaya? Lihatlah foto kami seterusnya.......

Perlis Indera Kayangan


Ketika cuti sekolah, saya dan keluarga juga berpeluang pergi ke utara Semenanjung iaitu Perlis Indera Kayangan. Semasa berkunjung ke sana kami menginap di Putra Palace Hotel. Antara tempat-tempat menarik yang kami lawati ialah Taman Herba, Gua Kelam, Kompleks Membeli- belah di Padang Besar, Taman Ular, Wang Kelian dan sebagainya. Percutian di sana memang menyeronokkan. Sewaktu di Taman Herba kita dapat melihat pelbagai jenis pokok herba yang belum pernah dilihat dan jarang dijumpai.

Destinasi ke Putrajaya, Genting Highland & Melaka


Ketika cuti sekolah saya sekeluarga berpeluang pergi ke Putrajaya. Di sana kami menginap di Cyberview Lodge Resort & Spa di Cyberjaya. Selepas itu kami meneruskan percutian ke Melaka Negeri Bersejarah. Di samping itu saya juga tidak melepaskan peluang untuk bercuti di Genting Highland yang terkenal dengan gelaran Kota Keriangan. Suhu di sana agak sejuk terutamanya di sebelah malam. Harga makanan di sana pula boleh tahan ......bayangkan milo ais segelas RM 7.00 & nasi goreng cina RM 12.50 sepinggan. Tapi pemandangan di sana memang best... lihatlah foto saya sewaktu di sana...

Rekreasi di Taman Tema Air


Antara taman tema air yang sering kami kunjungi sewaktu bercuti ialah Bukit Merah Laketown Resort, Lostworld Of Tambun dan The Carnival Sungai Petani. Memang seronok dapat mandi -manda di sini. Moh ler gi cuti kali ni.....Lihatlah betapa cerianya keluarga kami sewaktu bercuti....

Lokasi Percutian di Pantai Timur

Selain bercuti di sebelah Pantai Barat Semenanjung saya juga mengunjungi negeri Kelantan & Terengganu. Percutian di sana memang menarik. Saya dapat "shopping sakan" ketika berada di Pasar Payang dan Pasar Siti Khadijah. Kami juga dapat melihat secara "live" bagaimana proses mencanting batik dan membuat keropok leko. Memang sedap keropok leko yang dibuat di Kampung Losong.....rasa sekali nak lagi!

Khamis, 28 Mei 2009

Lawatan ke Indonesia



Selain itu pada cuti pertengahan tahun 2008 yang lalu, saya juga berpeluang melawat ke negara jiran tetangga iaitu Indonesia. Setelah tiba di Polonia Airport kami disambut mesra oleh pemandu pelancong. Al maklumlah ibu dan bapak "jutawan" dari Malaysia yang tiba. Mana tidaknya kalau kita tukar RM 1000.00, kepada rupiah kita akan dapat lebih kurang 2 juta 900 ribu rupiah. Dengan wang sebanyak itu macam-macam barang boleh kita beli. Telekung bersulam dan berkerawang memang halus buatannya. Tudung-tudung dengan hiasan manik seperti yang dipakai oleh pelakon sinetron Indonesia memang banyak terdapat di sana. Lihatlah kenangan percutian saya selama 4 hari tiga malam di sana.

Kunjungan ke Singapura


Pada bulan Ogos 2008, saya sekeluarga juga berpeluang berkunjung ke Singapura. Percutian di sana sangat menarik. Saya berpeluang pergi ke Jurong, Geylang, Pulau Sentosa dan lain -lain tempat. Lihatlah gambar kenangan saya di sana. Kesimpulannya...jika anda berkunjung ke S'pore, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertunjukkan yang diberi nama "Songs Of The Sea", memang menakjubkan.

Kekasih Awal & Akhir


Hem..... inilah rupa "my hubby". Kami dah lama kenal sejak di bangku sekolah lagi. Tapi tak de le bercinta time sekolah dulu. Tup-tup bila masing-masing dah ada kerjaya kami pun bertemu semula di pekan kelahiran kami. Waktu tu dia Army Officer. Lihatlah foto kenangan dia sewaktu bertugas di Sabah Negeri di Bawah Bayu. Semasa dalam ATM dia juga berpeluang pergi ke luar negara seperti Belgium dan London atas urusan tugas rasmi.