Khamis, 18 Mac 2010

Cuti Pertengahan Penggal Pertama 2010

Diam tak diam dah tujuh hari cuti persekolahan penggal 1 telah berlalu. Rasa2nya kawan 2 telah menikmati cuti yang diperuntukkan dengan sebaik mungkin bersama keluarga tersayang. Pada cuti kali ni saya dan keluarga tak de pi jalan jauh2 macam selalu. Almaklumlah banyak RM telah digunakan untuk perbelanjaan anak ke sekolah asrama.
Kenangan Khairun Bersama Rakan di SMKA Kerian........

Hadiah Ulangtahun Perkahwinan ke 15




Alhamdulillah pada 17 Februari 2010 genap 15 tahun usia perkahwinan kami. Hadiah yang paling mahal dalam sejarah hidup kami...... puteri tunggal kami telah mendaftar tingkatan satu di MRSM Transkrian. "Better Than The Best" ..... Jarak dari rumah kami ke MRSM lebih kurang 15 minit je... So mulai hari itu Khairun pun bertukar sekolah .........dah kena beli uniform lain pula.....

Shopping di Carnival Mall


Pada hari Sabtu 13 Mac lalu, saya dan keluarga berpeluang bermain boling di Megamall. Nak menonton wayang pun cerita pada hari tu tak de yang best2. Selepas tu kami pi pula ke Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya. Dah puas makan, meronda & shopping mana yang perlu kami pun balik ke rumah........

Ke Zoo Taiping


Pada 17 Mac bersamaan hari Rabu kami sekeluarga berpeluang singgah di Zoo Taiping. Rasanya hampir 2 tahun kami tidak ke sana. Banyak pembaharuan telah dibuat oleh pihak pengurusan Zoo Taiping. Tiket untuk masuk juga sudah berubah harganya iaitu RM 12 untuk orang dewasa dan RM 8 untuk kanak2. Inilah gambar kenangan yang sempat kami rakamkan ketika berada di sana. Anda berani mencubanya ....? Silakan......