Selasa, 20 Julai 2010

17 Jun 2010


Untuk pengetahuan kawan2 semua cuaca kat Bandung ni agak sejuk iaitu kira2 18 darjah celsius pada waktu malam. Tepat jam 4.32 pagi kedengaran azan subuh berkumandang dari masjid yg berhampiran... Majoriti penduduk di sini adalah beragama Islam.. Pukul 7.00 pagi kami menikmati sarapan pagi di Restoran Hotel Mitra ..Hidangannya tidak jauh berbeza seperti makanan yg disediakan di hotel2 di negara kita.. Suku kaum yg terdapat di Bandung adalah Sunda. Orang sunda mempunyai kulit yg agak cerah, kecil, dan lembut bahasanya.. Penduduknya lebih kurang 2 juta org.. Kami bertolak ke Tangkuban Perahu sebagai destinasi pertama pada hari ini.. Di sepanjang jalan ke sini Pak Ari pemandu pelancong kami turut menceritakan lagenda Tangkuban Perahu...dengan watak utama cerita tersebut adalah Dayang Sumbi dan anaknya Sangkuriang. Untuk sampai ke puncak Tangkuban Perahu kami perlu menaiki kenderaan pacuan empat roda.. Pemandangan di sini agak berkabus...sejuk dan cantik sekali ..patutlah pengambaran filem "My Heart " turut dibuat sini. Lihatlah foto kenangan saya sewaktu di sini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan